Kura-kura Kelainan Upaya Ini Diberi Bantuan ‘Kerusi Roda’

Kura-kura bernama Pedro ini mendapat ‘kaki’ baru, siap ada roda lagi.


Pedro akhirnya dapat bergerak semula kerana jasa para doktor haiwan yang bertungkus lumus membuat kaki palsu untuknya dengan menggunakan mainan Lego, lapor Metro UK.

Sandra Taylor, pemilik haiwan ini segera membawanya ke hospital veterinar Universiti Negeri Louisiana setelah mendapati kaki belakang Pedro hilang di taman rumahnya.


Sampai di hospital, para doktor haiwan segera cuba mencari jalan untuk merawat kura-kura tersebut.

Seorang pelatih bernama Kelly Rockwell memberi idea untuk meletakkan kepingan Lego pada tubuh Pedro menggunakan gam sebelum memasang roda di atasnya.


Cadangan itu berkesan dan akhirnya Pedro dapat lari lebih pantas berbanding kura-kura lain, malah mungkin boleh kalahkan arnab dalam acara lumba lari kerana kerusi roda istimewa tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca