Kumpulan Jonas Brother Kembali Bersatu Selepas 6 Tahun

Berita baik buat peminat kumpulan The Jonas Brother! Akhirnya segala penantian telah berakhir, kumpulan tersebut telah kembali bersatu semula selepas 6 tahun dan mengeluarkan album sulung terbaru yang bertajuk “Sucker”.

Semalam, pengumuman telah dibuat bahawa mereka akan kembali semula dengan perkongsian gambar mereka bertiga iaitu Joe, Nick dan Kevin di laman media sosial. Apa yang lebih menarik lagi adalah gambar tersebut disertakan dengan tajuk album sulung mereka iaitu Sucker.

View this post on Instagram

Midnight ET #Sucker

A post shared by Jonas Brothers (@jonasbrothers) on

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa kumpulan itu akan kembali beraksi setelah sekian lamanya. Ia bermula pada tahun lepas apabila mereka membuka kembali akaun Instagram milik kumpulan tersebut dan ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Mereka telah mengeluarkan video muzik “Sucker” pada hari ini di laman YouTube kumpulan tersebut dan telah mendapat lebih daripada 400 ribu tontonan dalam masa 3 jam.

Anda boleh menantikan mereka dalam rancangan The Late Late Show bersama James Corden dalam segmen “Carpool Karaoke”. Beliau telah memuat naik satu video di mana kumpulan The Jonas Brother menyanyikan lagu hits mereka seperti “Burning Up” dan lagu terbaru iaitu “Sucker”.

Pasti anda berasa gembira melihat kumpulan The Jonas Brother bersatu semula dan mengimbau lagu-lagu lama mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca