Kumpulan BTS Bakal Buat Konsert Di Arab Saudi

Kumpulan dari Korea Selatan, BTS bakal melakar sejarah baharu dalam kerjaya muzik mereka apabila bakal membuat konsert pada Oktober ini di Riyadh, Arab Saudi.

BTS yang dianggotai oleh 7 orang jejaka korea itu yang terdiri daripada RM, Jin, Jungkook, Jimin, J-Hope, Suga dan V akan membuat persembahan dalam siri jelajah dunia di Stadium Antarabangsa Raja Fahd pada 11 Oktober ini.

Sebelum ini, BTS telah melakar sejarah apabila diundang sebagai penyampai trofi di majlis anugerah muzik popular dunia, Grammy Awards pada awal tahun ini.

Tidak disangkal lagi, populariti K-Pop kini turut melanda negara-negara Islam. Baru-baru ini kumpulan Super Junior dan Stray Kids juga telah mengadakan konsert di Festival Jeddah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca