‘Kumpul’ RM5 Bilion Pada Usia 24 Tahun, Wanita Ini Disenarai Antara Jutawan Muda Oleh Forbes

Baru berusia 25 tahun, Alexandra Gamlemshaug Andresen memasuki senarai individu terkaya di dunia dengan menduduki tempat ke-2141. Memetik laporan Forbes, kekayaan wanita yang berasal dari Norway itu dipercayai sudah mencapai $1.4 bilion (kira-kira RM5.8 bilion).

Untuk pengetahuan anda, kekayaan Alexandra berasal daripada warisan bapanya iaitu Johan H. Andresen Jr yang telah memindahkan pegangan saham sebanyak 42% dalam syarikat pelaburan keluarga mereka iaitu Ferd AS kepada dirinya.

Sumber: Forbes

Bukan hanya Alexandra, harta pusaka ibu bapanya turut diserahkan kepada kakak beliau iaitu Katharina dan masing-masing mewarisi saham sebanyak 42% dalam Ferd AS.

Pada tahun 2016, Alexandra disahkan sebagai jutawan termuda di dunia pada waktu itu. Hal ini demikian kerana kerajaan Norway menerbitkan jumlah pemulangan cukai yang akan diterima oleh setiap individu di negara itu apabila mereka memasuki usia 18 tahun.

Sumber: Instagram @alexandraandresen

Walaupun muda dan kaya, Alexandra dikenali sebagai seorang individu yang rendah diri. Alexandra yang merupakan seorang atlet ekuestrian profesional difahamkan hanya memandu kereta biasa.

Sumber: Instagram @alexandraandersen

Bapa Alexandra, Johan H. Andresen Jr adalah pengusaha perniagaan keluarga iaitu sebuah firma pelaburan bernama Ferd AS. Ferd AS ialah salah satu syarikat swasta terbesar di Norway.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca