Kulit Putih Berseri Tanpa Jerawat Dan Jeragat, Ini 6 Kebaikan Amalan Minum Air Kelapa

Air kelapa memiliki pelbagai khasiat sehingga mampu membekalkan kelebihan dan kebaikan kepada sistem tubuh badan manusia. Berbeza dengan minuman berkhasiat yang terdapat di pasaran, air kelapa sangat kaya dengan nutrien dan vitamin yang semulajadi.

Berdasarkan kajian, air kelapa mengandungi zat penting dalam pengekalan tubuh badan yang sihat seperti Vitamin A, B6, B12, C, D, E, K, thiamin, riboflavin, niasin, folat, asam pantotenat, kolin, dan betaine.

Berikut kami kongsikan 6 kebaikan mengamalkan pengambilan air kelapa:

1. Mengurangkan berat badan

Kandungan lemak dalam air kelapa sangat rendah dan tidak berisiko tinggi untuk kesihatan. Oleh itu, air kelapa sangat sesuai dijadikan pilihan utama untuk mengekalkan berat badan anda.

2. Menjaga kesihatan kulit

Kebanyakan individu tidak kira lelaki mahupun wanita pastinya berkeinginan untuk memiliki kulit sempurna tanpa sebarang cacat cela seperti jerawat dan tompok hitam.

Kajian berkenaan khasiat air kelapa mendapati bahawa ia mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit. Oleh yang demikian, untuk memperoleh kulit yang licin berseri, anda digalakkan untuk mengamalkan minuman ini dalam kehidupan seharian.

3. Melancarkan sistem penghadaman

Air kelapa sangat bagus dalam melancarkan sistem penghadaman manusia lebih-lebih lagi apabila diserang rasa sakit perut dan sukar buang angin. Kadar serat yang tinggi dalam air kelapa ini berupaya mencegah masalah pencernaan dan mengurangkan terjadinya refulks asid dalam perut manusia. Maka, tidak hairanlah jika minuman ini pernah dijadikan sebagai terapi perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat zaman dahulu.

4. Menggalakkan penghidratan

Tahukah anda? Kesibukan bekerja dan bersukan dalam menjalani aktiviti seharian akan menyebabkan anda kehilangan mineral dalam badan sehingga mudah berasa letih. Selain daripada air mineral dan minuman isotonik seperti 100plus, anda digalakkan untuk minum air kelapa bagi menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam.

Untuk pengetahuan anda, secawan air kelapa mengandungi 294 miligram kalium dan 5 miligram gula semulajadi. Oleh itu, minuman ini berkesan untuk mengelakkan badan mengalami hidrasi setelah seharian melakukan aktiviti.

5. Mengawal kadar gula dalam darah

Air kelapa mengandungi asid amino dan serat yang boleh mengawal kandungan gula dalam darah. World Health Organization (WHO) turut menyarankan agar individu mengambil lebih kurang 25 gram bersamaan dengan 6 sudu teh gula dalam sehari. Dengan mengamalkan minuman ini, kandungan gula dalam badan akan dikawal dengan baik oleh zat-zat tersebut.

6. Melambatkan proses penuaan

Minuman air kelapa mengandungi sitokinin yang bertindak sebagai anti penuaan bagi tisu dan sel-sel kulit manusia. Ini bermakna, zat sitokinin berupaya mengurangkan risiko penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia seseorang. Maka, untuk sentiasa kelihatan muda dan menawan, anda disyorkan untuk sentiasa mengambil minuman ini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh sekiranya mengamalkan pengambilan minuman ini. Walau bagaimanapun, anda haruslah bijak memilih buah kelapa yang sesuai untuk diminum kerana tidak semua kelapa mempunyai khasiat seperti yang telah dinyatakan.

Penulis

  • Mohd Ezaidi Bin Wahap adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Dr. Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Artikel Lain Untuk Di Baca