Kudung Bukan Halangan Untuk Lelaki Ini Mengusahakan Sendiri Bisnes Ketupat Mini

Kekurangan bukanlah kelemahan atau penghalang bagi seseorang untuk berjaya. Berasal dari Johor, Muhammad Bin Safar yang berusia 27 tahun merupakan seorang OKU yang sedang menjayakan perniagaan ketupat mini buatan sendiri.

Walaupun dilahirkan tanpa kedua belah tangan, Muhammad tetap gigih dan berusaha keras demi menjana pendapatan dengan menggunakan kudrat kakinya. Setiap kali hadirnya Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, Muhammad menerima banyak tempahan untuk ketupat mini.

Muhammad berjaya memperoleh pendapatan yang baik melalui perniagaan ini, dibantu oleh kakaknya Nor Azlia, 36, dan ibu mereka Hattyca Karmon, 58, sejak 2016. Kini, setiap tempahan ketupat mininya itu juga dibantu oleh khidmat agen dan servis penghantaran untuk dihantar kepada pelanggan seluruh Malaysia.

sumber: Utusan

Nor Azlia memberitahu bahawa idea untuk adiknya menceburkan diri dalam industri makanan muncul setelah ibu mereka menyuruhnya mencari pekerjaan untuk Muhammad yang sesuai dengan keadaan fizikalnya.

“Kami ingin mencari jalan yang membolehkan dia menjana pendapatan sendiri walaupun dia kurang upaya. Jadi, terciptalah idea untuk memulakan perniagaan ketupat mini yang dikenali sebagai ‘Ketupat Mini Muhammad’.” Perkara ini dikongsikan dalam satu temu ramah di kediaman keluarganya di Parit Haji Hashim.

Segala proses pembuatan ketupat mini ini adalah secara manual dan Muhammad akan membuka sendiri setiap bungkusan plastik menggunakan kaki.

Tahun lepas, Muhammad menerima bantuan dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang mendermakan sebuah mesin pembungkusan elektrik dan rekaan beg plastik untuk jenama ketupat ini.

Mereka sekeluarga sangat berterima kasih atas bantuan tersebut dan memaklumkan bahawa ketupat mini semakin diterima ramai kerana terut dijual di kedai-kedai sekitar.

Walaupun ketupat biasanya dihidangkan semasa perayaan Hari Raya, namun Muhammad juga mendapat tempahan untuk membuat pesanan bagi upacara seperti majlis perkahwinan dan pertunangan.

Mereka menerima banyak tempahan secara atas talian iaitu melalui laman sesawang ‘Ketupat MINI Tradisi’ di Facebook mereka. Setiap bungkusan mengandungi 30 ketupat mini dan berharga hanya RM7.

Artikel lain untuk dibaca:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca