Kucing Lompat Dada Tuan, Selamatkan Dari Serangan Jantung

Seorang wanita dari Nottinghamshire, England mengalami serangan jantung semasa tidur tetapi diselamatkan oleh kucing peliharaannya dengan melompat dada sehingga dia sedar.

Sumber: BBC

Sam Felstead berusia 42 tahun memikirkan dia akan mati dalam tidur jika kucingnya tidak melompat ke atas dan menepuk dada beberapa kali.

Menurutnya waktu itu dia dalam keadaan baik sahaja. Namun tiba-tiba tidak dapat menggerakkan badan dan peluh mula memercik.

Billy selalunya tidak akan mengiau dengan kuat kerana kucing itu sepanjang hari hanya tidur.

Sumber: BBC

Walau bagaimanpun sebelum kejadian itu berlaku, Billy tidak mahu berenggang dengan pemiliknya.

Perkara ini mendatangkan kemusykilan kepada Sam Felstead kerana kucingnya bukan seekor yang manja, sebaliknya sentiasa menyendiri dan tidak akan mengejutkan sesiapa untuk meminta makanan.

Sumber: BBC

Doktor juga menyatakan tindakan Billy adalah sangat bagus.

Selepas sedarkan diri, Sam Felstead merasakan dia tidak boleh bergerak anggota sebelah kanannya.

Hal ini membuatkan ibunya terus membawa Sam ke hospital dan menjalani Angioplasti.

Melalui bantuan perubatan, Sam Felstead sudah kembali bekerja sebagai penyambut tetamu di Pusat Perubatan Queen, Nottingham.

 Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca