Kucing Kesayangan Bertarung Nyawa Setelah Tertelan Racun Tikus, Lelaki Ini Hanya Mampu Meraung Pilu

Kucing Kesayangan Bertarung Nyawa, Lelaki Ini Hanya Mampu Meraung

Saudara Kiemmm, pemilik kucing bernama Paktam hanya mampu meraung pilu apabila kucing kesayangannya menghembuskan nafas terakhir dan pergi tidak akan kembali buat selamanya.

Paktam dipercayai mati bukan disebabkan tercedera akibat kemalangan, sebaliknya pemergian si bulus itu akibat termakan racun tikus dan tidak sempat diselamatkan.

Kiemmm, bukan sengaja melengah-lengahkan rawatan kecemasan, akan tetapi tragedi pilu ini berlaku dalam masa yang singkat tanpa dijangka.

Ikuti kisah pilu Paktam menerusi sorotan video yang dikongsikan oleh Kiemmm di laman Twitternya bawah ini.

Paktam cuba pertahankan nafasnya buat kali terakhir walau mengalami sawan setiap lima minit dalam kekejangan dan kepenatan bertarung nyawa.

Berdasarkan video ini, Kiemmm hanya berkaki ayam berlari ke klinik veterinar demi menyelamatkan nyawa Paktam.

Allah sebaik-baik perancang, Paktam menghembuskan nafas yang terakhir setelah berhempas-pulas kerana Allah lebih menyayanginya.

Paktam akan tenang dan sihat di syurga. Buat saudara Kiemmm serta keluarga, semoga tabah dengan ketentuan-Nya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca