Kata orang, kucing ada sembilan nyawa.
Di Amerika Syarikat, seekor kucing bernama Fluffy ditemui dalam keadaan tak sedar, membeku dan bulu-bulunya yang lebat diselaputi ais.

Tuannya, Andrea Dutter yang menjumpainya terbenam di dalam timbunan salji di belakang rumah segera bergegas membawanya ke klinik haiwan.
Apabila sampai di klinik, doktor haiwan yang merawat Fluffy berkata tubuh kucing itu sangat sejuk dan suhunya sangat rendah sehingga termometer pun tidak dapat mengukur suhunya.
Staf klinik cuba guna pelbagai cara seperti tuala, air panas dan pengering rambut bagi menyelamatkan dan ‘mencairkan’ Fluffy yang keras kejung itu.

Perlahan-lahan kucing itu mula memberi respons menandakan ia masih hidup.
Fluffy bermalam di wad kecemasan sebelum dibenarkan pulang bersama tuannya.

Mengikut laporan CNN, kucing itu tidak lagi dibenarkan keluar rumah selama beberapa hari walaupun nyawanya masih berbaki lapan.
Untuk baca lagi artikel berkaitan, jemput klik pautan artikel di bawah: