Adakah kucing anda suka pakai baju? Kucing penulis pakai rantai loceng pun tak nak.
Di Vietnam, ada seekor kucing berusia tiga tahun bernama Dog. Ia dan tuannya, Le Quoc Phong menjual ikan di pasar.


Walaupun ke pasar, kucing ini tetap bergaya sakan dan berpakaian kemas seperti bos besar.

Selain menjadi seorang ‘usahawan yang sibuk’, Dog juga dikatakan fuckboy kerana mempunyai ramai awek dan anak-anak-anak-anak-anak sana sini.


Pada waktu lapang, Dog akan melakukan aktiviti kucing lain seperti makan dan tidur. Hobinya adalah mengembara dan makan aiskrim.
Kucing fashionista ini juga tidak kekok menggayakan pelbagai kostum dan posing depan kamera. Tiada sebarang paksa-rela kerana ia amat menyukainya.


Menurut perkongsian laman Bored Panda, kucing ini bernama Dog sebab suka menghidu dan berperwatakan seperti anjing.

Kucing sensasi ini juga pernah menjadi tajuk berita bukan saja Vietnam tetapi juga di Thailand dan China.
