Seekor kucing ditahan oleh pengawal penjara baru-baru ini selepas ia didapati seludup dadah ke Penjara Nueva Esperanza yang terletak di Panama.
Pada 16 April lalu, salah seorang petugas penjara tersebut ternampak seekor kucing berwarna jingga dan putih memasuki lokap itu bersama sehelai uncang kain yang diikat pada lehernya.

Atas rasa curiga, pegawai itu kemudiannya memeriksa uncang kain tersebut dan menemui satu paket kecil yang mengandungi serbuk putih dan beberapa helai daun.
Menerusi pemeriksaan lanjut, Ketua Sistem Penjara Panama iaitu Andres Gutierrez mengesahkan bahawa bahan tersebut sebenarnya adalah dadah jenis kokain dan marijuana.

Sementara itu, kucing yang diberi nama manja Narcocat itu telah diserahkan di bawah jagaan pusat perlindungan haiwan Adopt for Love and Animal Defenders.
Pada waktu artikel ini ditulis, ia masih tidak dapat lagi dipastikan sama ada kucing itu benar-benar dilatih untuk menyeludup dadah ataupun sebaliknya.
Terdapat pelbagai kaedah yang telah diguna pakai oleh sindiket dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan mereka.
Untuk rekod, pengawal Penjara Nueva Esperanza sebelum ini telah berjaya mengesan seekor burung merpati yang dilatih untuk menyeludup dadah. Selain itu, ada juga sindiket di Singapura yang menggunakan kaedah penghantaran dron untuk menyeludup dadah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan kucing, anda boleh klik pada pautan di bawah: