Kucing Ini Dimakan Hidup-Hidup, Polis Buru Suspek

Satu video telah tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki didakwa telah makan kucing yang masih hidup. Dalam video tersebut, dilihat lelaki tersebut berpakaian kemeja dan bertopi sedang berjalan sambil memakan seekor kucing di tengah jalan.

Kejadian itu berlaku di daerah Kemayoran, Jakarta, Indonesia. Dalam video tersebut menunjukkan lelaki berkenaan sedang memegang kucing itu sebelum digigit pada bahagian perut haiwan malang tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Polis Kemayoran, mereka sedang menjejaki lelaki yang berusia sekitar 40 tahun itu.

Sehingga kini, pihak polis masih tidak mendapat kepastian motif sebenar tindakan lelaki berkenaan.

Pihak polis mendakwa ada kemungkinan tindakan lelaki tersebut adalah kerana beliau mengalami gangguan jiwa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca