Kucing Baka Ini Sukar Untuk Dibelai Walaupun Comel Macam Teddy Bear

Di padang rumput dan lereng gunung Asia Tengah, tinggal spesies hidupan liar terancam yang dikenali sebagai Kucing Manul atau Pallas.

Saiz kucing liar ini sama seperti kucing rumah tetapi bulunya lebih panjang, berkaki pendek dan telinga besar. Ia kelihatan sangat comel apabila terkedek-kedek berjalan.

Si bulus ini bukan pelari pantas dan selalu ‘loading’ seperti gangguan internet apabila berlari. Oleh itu, mereka akan bersembunyi di celah-celah batu atau menggunakan bulu-bulu tebalnya bagi mengaburi pandangan pemangsa bila berasa terancam.

Ia makan apa sampai kelihatan comel begini? Mengikut perkongsian laman Mental Floss, Makanan utamanya adalah Pika, iaitu sejenis tupai yang menjadi inspirasi kepada watak Pikachu.

Walaupun kiut, kucing Manu ini agresif dan tidak bersosial. Usahkan dengan manusia, sesama spesies pun mereka saling bercakar. Hanya pihak zoo yang mampu membela haiwan ini kerana mereka memerlukan penjagaan rapi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca