‘Kuchisake-onna’ Hantu Wanita Jepun Versi Joker

Salah satu cerita mistik legenda bagi masyarakat Jepun ialah kisah tentang Kuchisake-onna. Ia digambarkan memiliki penampilan yang mengerikan, dengan mulut koyak persis Joker.

Menurut cerita masyarakat setempat, Kuchisake-onna ialah roh jahat yang kembali dari kematian dan boleh muncul di mana saja pada bila-bila masa. Ia memiliki wajah yang cacat setelah dibunuh oleh suaminya yang cemburu.

Legenda urban ini muncul semasa era Edo pada abad ke-17. Kuchisake adalah wanita cantik yang berkahwin dengan seorang lelaki. Suaminya itu curiga dan marah apabila mendapati dia tidak setia. Malah, dia merancang akan meninggalkan suaminya itu.

Oleh disebabkan cemburu, suaminya itu memukul Kuchisake sehingga pengsan dan mengikatnya. Ketika Kuchisake terbangun, suaminya mengancam akan membunuhnya jika meninggalkannya. Suaminya menggunakan gunting besar untuk mengoyakkan mulutnya menjadi bentuk senyumam hingga ke telinga.

“Siapa yang akan menganggapmu cantik sekarang?” tanya dia sebelum memenggal kepala isterinya dari tubuhnya. Kemudian suaminya itu menyesal lalu membunuh diri.

Hantu Kuchisake ini akan menghampiri sesiapa yang berjalan seorang diri pada waktu malam. Mukanya selalu ditutup untuk sembunyikan wajahnya yang cacat itu.

Kemudian dia akan bertanya kepada mangsanya, “Apa aku cantik atau tidak?” sambil memegang gunting besar. Jika menjawab ya, hantu Kuchisake-onna ini akan membuka topeng mukanya dan mendedahkan kelaran senyumannya yang terlakar dari telinga sampai mulut itu dan bertanya lagi sekali.

Jika jawapan yang diberi ialah ya atau tidak dengan nada terketar-ketar, maka mangsanya akan ditikam dengan gunting atau dikelar sehingga terlihat sepertinya sewaktu mangsanya sedang tidur.

Mangsa boleh melepaskan diri dengan memberi jawapan bahawa dirinya tiada masa atau menabur wang ataupun gula-gula untuk memberi peluang kepada mereka melarikan diri.

Jadi, berhati-hatilah kepada sesiapa yang suka berjalan seorang diri dan jangan lupa simpan gula-gula dalam poket anda, manalah tahu terjumpa Kunchisake-onna versi Malaysia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca