Kubur Pesakit COVID-19 Digali Semula Selepas Keputusan Ujian Swab Didapati Negatif

Kesemua sepuluh jenazah yang pada mulanya dikebumikan mengikut prosedur seperti mana-mana pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19 digali semula sebaik sahaja keputusan ujian saringan mendapati mereka negatif jangkitan itu. Insiden ini dilaporkan berlaku di Bandung, Indonesia.

Memetik laporan Detik News, mereka adalah antara 70 jenazah yang dipercayai positif COVID-19 dikebumikan di kawasan berkenaan.

Sumber: NST

Mengikut prosedur, jasad dan keranda mereka yang dijangkiti COVID-19 akan dibalut dengan menggunakan plastik manakala pekerja yang menguruskan pengebumian perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) termasuklah sarung tangan, pelitup muka dan juga baju khas.

Menurut Sekretari Dinas Tata Ruang (Distaru) Bandung iaitu Agus Hidayat, kerajaan bersetuju untuk memindahkan kubur-kubur berkenaan ke Subang dan Sumedan, Indonesia atas permintaan ahli keluarga mereka selepas ujian swab mendapati mereka negatif COVID-19.

Pada masa yang sama, Agus juga mendedahkan bahawa ada di antara kubur yang digali semula oleh ahli keluarga selepas keputusan ujian keluar.

“Selagi ujian mengesahkan mereka negatif (COVID-19), kita benarkan,” kata Agus.

Jelas Agus lagi, semasa jenazah itu dikebumikan, keputusan ujian swab masih belum keluar dan kerajaan terpaksa mengebumikan mereka seperti pesakit COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga. 

Difahamkan, kesemua pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Bandung dikebumikan di tanah perkuburan Cikadut.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan pengebumian pesakit COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca