Kuat Berdengkur? Kenali 3 Gejala Berdengkur Yang Berbahaya

Berdengkur ketika tidur biasanya disebabkan oleh tubuh badan kita yang terlalu letih setelah seharian bekerja atau melakukan aktiviti berat.

Berdengkur juga boleh menjadi kayu ukur tahap kesihatan seseorang terutama yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA).

OSA adalah keadaan apabila nafas seseorang terhenti sekitar 10 hingga 45 saat ketika mereka sedang tidur.

Antara salah satu gelaja OSA adalah berdengkur kuat secara berterusan ketika tidur selain termengah-mengah seperti sesak nafas.

Sekiranya situasi ini pernah berlaku kepada anda, jangan dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menyebabkan kematian.

Ini kerana, udara yang masuk ke saluran pernafasan anda telah terhalang.

Oleh itu, sangat penting untuk memahami sama ada dengkur anda itu membahayakan atau tidak. Berikut kami kongsikan 3 gejala berdengkur yang berbahaya.

1. Berasa lesu walaupun cukup tidur

Simptom-simptom yang menunjukkan anda mengalami masalah berdengkur pada tahap teruk adalah apabila anda rasa mengantuk dan konsentrasi anda terganggu walaupun telah mendapatkan tidur yang cukup.

Situasi tersebut berlaku adalah kerana oksigen yang memasuki ke bahagian otak ketika anda tidur adalah tidak mencukupi.

2. Tiba-tiba terbangun dan terbatuk-batuk

Jika anda sedang tidur nyenyak, dan tiba-tiba anda terbangun dan terbatuk-batuk tanpa henti, anda perlu berwaspada kerana ia menunjukkan pernafasan anda mengalami masalah tersumbat.

3. Mulut berasa kering

Sekiranya anda bangun pagi dan merasakan mulut anda sangat kering dan ingin minum air, ia adalah petanda bahawa anda berdengkur tanpa henti ketika sedang tidur.

Sebenarnya, mulut berasa kering kerana kita bernafas menerusi mulut. Ketika mulut terbuka, hidung akan tersumbat dan lidah pula akan turun ke belakang.

Sekiranya anda pernah mengalami salah satu gejala di atas, dapatkan nasihat doktor secepatnya sebelum ia menjadi lebih teruk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca