Siapa sahaja yang tidak kenal Jack Ma? Selain berjaya membangunkan Alibaba, beliau turut mencuri perhatian ramai kerana lantang mengeluarkan pendapatnya.
Walau bagaimanapun, ia sedikit berbeza kerana pengasas bersama syarikat Alibaba tersebut dikatakan telah menghilangkan diri sejak November lalu.
Namun, apa yang lebih menghairankan adalah Jack dipercayai mula menghilangkan diri selepas beliau mengkritik sistem peraturan kerajaan China kerana menyekat inovasi orang ramai.

Selepas beliau melontarkan pandangan tersebut, IPO Ant yang sudah pun mendapat kelulusan daripada badan sekuriti China telah ditangguhkan dengan alasan kewujudan beberapa isu yang dikenal pasti.
Dalam pada itu, pihak berkuasa China turut menjalankan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba pada akhir Disember lalu dan memberitahu Ant Group untuk menyusun semula operasinya.
Selepas dua bulan, Jack akhirnya membuat kemunculan semula menerusi sebuah sidang video dengan memberikan kata-kata semangat kepada tenaga pengajar di sebuah persidangan dekat China.
Ma, who used to be an English teacher and founder of #Alibaba, also gives wishes to village teachers via a video on Wednesday, saying usually the activity is held in Sanya in southern Hainan but this year, due to #Covid19 it has to be done via video conference. pic.twitter.com/yfi7oPB5Sb
— Qingqing_Chen (@qingqingparis) January 20, 2021
Walaupun hanya membuat penampilan dalam sidang video, ia secara tidak langsung telah melenyapkan spekulasi di mana beliau sedang menjalani hukuman penjara.
Menerusi sidang video tersebut, Jack turut memaklumkan kepada pihak media yang beliau sekadar mahu merehatkan diri sehingga pandemik COVID-19 tamat.
Kemunculan Jack juga secara tidak langsung memberi kesan positif kepada pasaran saham Alibaba kerana ia meningkat secara mendadak menunjukkan keyakinan pelabur terhadap beliau.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: