Kristen Stewart Bakal Bawa Watak Lady Diana Dalam Filem Biografi Baharu

Aktres ternama Hollywood, Kristen Stewart bakal membawa watak sebagai Lady Diana dalam filem biografi Spencer. Tajuk filem ini merujuk kepada nama keluarga mendiang Lady Diana sebelum mendirikan rumah tangga bersama Putera Wales, Prince Charles.

Spencer mengisahkan detik pada tahun 1990-an semasa mendiang Diana memikirkan sama ada mahu meletakkan titik noktah pada perkahwinannya bersama bapa kepada dua cahaya matanya itu ketika bercuti di rumah mereka di Sandringham, England.

Lady Diana

Untuk pengetahuan anda, penggambaran produksi filem yang ditulis oleh penulis utama siri Peaky Blinders, Steven Knight ini dijangka akan bermula pada awal 2021 dan diarah oleh pengarah ternama Chile, Pablo Larraín.

“Kami ingin menerbitkan filem yang boleh tersebar luas dan mampu berhubung dengan penonton di seluruh dunia yang teruja dengan kisah hidup yang amat menarik ini.

Saya pernah tonton pelbagai filem Kristen dan ia sangat hebat kerana mampu menunjukkan lapisan berbeza serta kekuatannya sebagai seorang pelakon,” ujar Pablo kepada Deadline.

Pablo turut menjelaskan bahawa Spencer akan menerokai perjalanan Diana yang berusaha mencari identitinya sendiri.

“Ia tidak bermakna Diana perlu berada di sisi seseorang ataupun menjadi sebahagian daripada apa-apa. Diana hanya perlu menjadi dirinya sendiri bersama anak-anaknya, Putera William dan Putera Harry. Kami percaya filem ini akan menarik minat orang ramai di seluruh dunia,” tambahnya.

Kristen Stewart

Populariti Kristen mula memuncak menerusi filem Twilight namun Kristen pernah menceburi pelbagai genre termasuk drama, misteri dan aksi seperti Personal Shopper, Snow White and the Huntsman, Charlie’s Angels serta The Runaways.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak begitu teruja dengan pengumuman tersebut:

Pada pendapat anda, adakah Kristen pelakon terbaik untuk membawa watak Lady Diana dalam filem biografi ini?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Lady Diana, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca