Krisis Kebuluran Korea Utara, Kim Jong-un Ugut Hukum Rakyat Bazir Makanan

Kim Jong-un memberi ancaman untuk menghukum rakyat Korea Utara yang melakukan pembaziran makanan di saat negara itu sedang menghadapi krisis kebuluran.

Menurut perintah terbaharu yang dikeluarkan Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea, individu-individu berkenaan telah gagal melindungi ekonomi negara berkenaan apabila melakukan pembaziran tersebut.

Atas sebab itu, hukuman undang-undang menanti individu-individu yang melakukan perkara berkenaan.

Sumber: ABC News

Dalam pada itu, perintah berkenaan dikeluarkan selepas tanah pertanian dan tanaman telah musnah berikutan fenomena ribut taufan pada Ogos dan September lalu.

Korea Utara turut terkesan dengan pandemik COVID-19 di mana negara berkenaan turut mengalami kejatuhan ekonomi selepas penularan wabak tersebut.

Satu sumber memberitahu Radio Free Asia, “Pada awal bulan ini, Jawatankuasa Pusat telah memerintahkan penduduk mengambil bahagian secara aktif dalam menyelesaikan krisis kebuluran di Korea Utara.

Langkah berkenaan boleh dilihat sebagai sebahagian daripada perjuangan menyelamatkan makanan. Perintah itu turut menekankan bahawa perjuangan berkenaan tidak hanya menyelesaikan masalah bagaimana untuk mendapatkan makanan.

Walau bagaimanapun, ia juga menekankan masalah melindungi sistem sosialis. Perintah berkenaan turut mengingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan dan menjatuhkan hukuman lebih keras dalam setiap kesalahan berkaitan pembaziran makanan.”

Untuk pengetahuan, urusan perniagaan Korea Utara dengan dunia luar telah digantung sejak Januari lalu selepas penularan pandemik COVID-19 termasuk penutupan sempadan dengan China.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Kim Jong-un, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca