Kreativiti Tatsuya Tanaka, Penghasil Miniatur Kehidupan Harian Manusia

Seorang artis yang dikenali sebagai Tatsuya Tanaka menjadikan dirinya dikenali di seluruh di dunia dengan idea kreatifnya menghasil diorama miniatur mengenai kehidupan harian manusia.

Hasil seninya yang kreatif memberi gambaran jelas aktiviti harian manusia menerusi penggunaan anak patung diorama.

Kewujudan anak patung diorama yang dijadikan karakter dalam setiap adegan membuatkan karyanya lebih mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Berkarya sejak 2011, lebih daripada 1,000 adegan yang dihasilkan dan kebanyakannya berasaskan bahan makanan seperti sayur, buah, sushi dan banyak lagi.

Selain itu, Tatsuya Tanaka menggunakan span, pemetik api , penutup botol dan sebagainya yang digantikan menjadi kolam renang, tandas duduk, meja makan atau trek berlumba kuda.

Sangat kreatif hasil daripada Tatsuya Tanaka. Ini sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi dan bakat yang besar.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca