KPKT Sedia Pertimbang Untuk Beku Lesen Penjualan Arak

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk mempertimbangkan usul supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan lesen baharu penjualan arak ekoran bertambahnya kemalangan jalan raya yang berlaku membabitkan pemandu mabuk dalam masa terdekat ini.

Menterinya iaitu Zuraida Kamaruddin berkata keputusan untuk membekukan lesen perlu diperhalusi kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.

“Bidang kuasa dan garis panduan termasuk dalam bidang PBT juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini.

“Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad hoc, kerajaan harus memikirkan masa depan,” kata Zuraida.

Beliau berkata pada waktu ini, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mendalami beberapa perkara berkaitan isu penjualan arak yang perlu dibendung dari segi undang-undang penguatkuasaan dan hukuman yang perlu dikaji semula.

Semenjak dua menjak ini, semakin banyak berlaku kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Oleh sebab itu, pihak bertanggungjawab perlu ambil langkah yang terbaik untuk menangani perkara ini dengan secepat mungkin supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Ternyata, banyak pihak yang berang dengan kejadian yang berlaku ini dan mereka berpendapat supaya pemandu mabuk menerima hukuman yang setimpal.

Untuk baca artikel lain berkenaan pemandu mabuk, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca