“Koyak To You Too,” Lelaki Israel Ini ‘Give Up’ Selepas Kena Serang Warganet

Sekiranya aktif di laman Twitter, anda akan dapat lihat banyak ciapan daripada rakyat Israel tentang kehebatan negara mereka yang mampu memintas bom dari tentera Hamas.

Tidak berhenti di situ, ada juga yang mahu menagih simpati orang ramai dengan memuat naik video rakyat Israel berada dalam ketakutan ketika mahu mencari tempat berlindung daripada terkena serangan bom.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati salah satu ciapan Ido Daniel dibanjiri dengan komen yang ditinggalkan oleh warganet dari Malaysia yang kurang berpuas hati dengan perkongsian itu.

Selepas menyedari ciapannya yang banyak berpihak kepada tentera dan rakyat Israel menjadi sasaran rakyat Malaysia, Daniel mula meluahkan rasa kurang puas hati akibat kena troll habis-habisan dengan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, ada yang bertanya Daniel sama ada lelaki itu sudah ‘koyak’ kerana telah menerima banyak sangat komen negatif. Lelaki itu bagaimanapun membalas semula ciapan itu dengan berkata, “Koyak to you too.”

Sumber: Twitter

Selepas ciapan itu tular, Daniel kemudiannya menjelaskan bahawa “koyak to you too” adalah gurauan semata-mata dan ia adalah jawapan sarkastik. Daniel juga tidak lupa untuk meluahkan sokongan terhadap Israel dalam ciapan tersebut.

Sehingga ke hari ini, situasi sama ada di Gaza ataupun Israel masih lagi bergolak dengan tentera dari kedua-dua pihak berbalas serangan bom.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Palestin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca