Tular satu rakaman video pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang Jaya semalam yang melibatkan salah seorang YouTuber Isa Isarb, Isarb Hafiz.
Menurut seorang warganet di Twitter dengan nama @bakhhhhhhhh, pergaduhan berlaku berpunca dari faktor tidak puas hati dalam permainan futsal.
Selama ni fikir baik lah sangat buat content tolong orang, sedekah sana sini haha dasar hipokrit! Pasal tak puas hati kat futsal je terus ajak 5 buah kereta datang nk tibai sorang eh? Siap bawak kerambit 😅 Kat dunia boleh la lepas. Allah Maha Adil bro! pic.twitter.com/c7nFJ7I5p9
— Bakhtiar Ikhwan (@bakhhhhhhhh) March 6, 2021
Berdasarkan laporan polis yang dikongsi oleh warganet tersebut, mangsa dikenali sebagai Rahimie telah dipukul oleh Hafiz bersama 25 lagi rakannya yang lain.
Difahamkan Rahimie adalah mangsa keadaan di mana beliau pada mulanya menjadi orang tengah yang cuba meleraikan pergaduhan Hafiz dan seorang lagi teman futsal bersama Firdaus.
Rahimie niat just nak meleraikan one small argument sbb futsal tapi si Hafiz Isarb ni takleh terima. Siap panggil gang 25 ketul taik Isarb Clan belasah Rahimie ramai ramai. APA SALAH DIA pic.twitter.com/kUQVeqrdKC
— EZY ✨ (@EzyanaShahira) March 6, 2021
Perkara tersebut turut disahkan isteri Rahimie, Ezyana Shahira di mana mangsa menerima 8 jahitan di muka akibat pergaduhan itu.
Sebelum kumpulan berkenaan bersurai, salah seorang daripada mereka sempat berkata bahawa tindakan mereka itu satu tindakan mempertahankan diri.
Turut menyatakan bahawa ia bukanlah satu pergaduhan, rata-rata warganet tidak bersetuju atas kenyataannya itu.
Berapa ribu dia suap? Ke ratus je? pic.twitter.com/EVo6RB3YoS
— zaim 🇲🇾 (@shahmyzaim) March 6, 2021
Whatever it is no need to ajak 5 car to dtg balun sorang manusia. Still isarb clan salah on that side so ..
— Smile 😏 (@Ziiy_97) March 6, 2021
Setakat ini, tiada lagi kenyataan dikeluarkan oleh pihak Isarb Hafiz berkenaan kes ini.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: