Kotorkan Nama Baik Madrasah, 2 Pelajar Tahfiz Ini Lakukan Serangan Seksual Dengan Meliwat Junior

Dipercayai terlibat dengan serangan seksual dan liwat ke atas dua pelajar junior, dua pelajar madrasah tahfiz di daerah Kuala Terengganu telah ditahan awal pagi tadi.

Kedua-dua pelajar berusia 15 dan 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi tadi di madrasah terbabit untuk membantu siasatan.

Kegiatan keji dua remaja berkenaan terbongkar apabila mangsa yang berusia 10 dan 13 tahun itu menceritakan apa yang terjadi kepada ibu masing-masing pada Khamis lalu.

Menurut sumber, ibu mangsa bertanyakan keadaan mereka setelah menyedari perubahan sikap kedua-dua mangsa sebelum memberitahu diliwat dan menjadi mangsa serangan seksual oleh pelajar senior.

“Mangsa yang berusia 13 tahun mendakwa dia diliwat sebanyak dua kali oleh seorang senior berusia 17 tahun, manakala mangsa berusia 10 tahun pula mendakwa menjadi mangsa serangan seksual senior berusia 15 tahun beberapa kali,” katanya.

Setelah itu, keluarga kedua-dua mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Chendering bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sehubungan itu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos yang merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri telah mengesahkan penerimaan laporan mengenai kes berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (b) akta sama,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca