KOTAK Plus Buka Peluang Francais I’m Geprek, Sasar 5 Cawangan Baharu Menjelang Jun 2021

Penggemar makanan pedas di sekitar Lembah Klang pastinya mengenali jenama Restoran Kotak yang terletak di SS15 Subang Jaya. Sering menjadi tumpuan ramai kerana keenakan dan ‘kehangatan’ menu utamanya iaitu ayam geprek, 2021 bakal membuka lembaran baharu buat perniagaan ini di mana 5 cawangan baharu di bawah jenama I’m Geprek bakal dibuka di sekitar Lembah Klang pada suku pertama dan kedua tahun ini.

Atas permintaan pelanggan yang sangat tinggi untuk pembukaan cawangan di lokasi baharu, I’m Geprek menawarkan peluang perniagaan kepada individu dan syarikat yang berminat untuk membuka cawangan I’m Geprek di Lembah Klang. Lokasi sasaran adalah di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Putrajaya, Bangi dan beberapa kawasan lain yang strategik.

Perniagaan yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ini sudah bertapak di Malaysia sejak 2018 lagi. I’m Geprek menerapkan konsep fast food dan moden dengan pilihan hidangan terbaik daripada nasi, bakso, mi hinggalah kepada pasta dan lain-lain. Gabungan ghost pepper (cili terpedas di dunia) bersama cili kampung ternyata telah berjaya menawan hati ribuan pelanggan untuk sentiasa menjadikan menu I’m Geprek sebagai pilihan santapan dari semasa ke semasa.

Apa yang menjadikan I’m Geprek istimewa adalah kerana pilihan tahap kepedasan setiap menunya di mana para pelanggan diberi pilihan untuk memilih antara level Hot, Super Hot dan Extra Hot. Sesiapa yang pernah merasa keenakan dalam kepedasan I’m Geprek pasti akan jatuh hati dan akan berkunjung lagi untuk menikmati hidangan I’m Geprek bersama keluarga dan rakan-rakan.

I'm Geprek

Terdapat 3 pilihan konsep perniagaan I’m Geprek yang ditawarkan iaitu outlet di lot kedai, food truck dan kiosk makanan. Semua kelengkapan perniagaan, dapur, sistem jualan, pemasaran dan latihan akan disediakan untuk memastikan setiap cawangan yang bakal dibuka dapat beroperasi dengan hasil optimum selain bagi menjaga dan mempertingkatkan kualiti serta standard I’m Geprek dari semasa ke semasa.

Jenis konsep peniagaan I'm Geprek

Dengan visi untuk menjadi rangkaian restoran konsep Indonesia terbesar di Malaysia, I’m Geprek mengalu-alukan individu atau syarikat yang mempunyai aspirasi tinggi dalam industri perniagaan makanan di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian I’m Geprek yang terawal di negara ini.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang perniagaan bersama I’m Geprek, anda boleh mengisi borang permohonan di sini. Pemohon akan dihubungi oleh pihak I’m Geprek untuk penetapan tarikh dan waktu temujanji bagi sesi penerangan dan perbincangan lanjut.

Hanya 6 langkah ringkas di atas sebelum anda memiliki perniagaan F&B anda sendiri bersama jenama I’m Geprek. Rebut peluang perniagaan ini dan hubungi I’m Geprek sekarang.

Baca artikel lain tentang tempat makan menarik melalui capaian di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca