Kota Atlantis Dan Rahsia Tersembunyi

kota atlantis dan rahsia tersembunyi_1

Apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik kota lagenda ini? Apa yang telah berlaku dengan Atlantis sebenarnya?

Richat Structure merupakan satu bulatan yang terbentuk di padang pasir dalam negara Mauritania. Lebih dikenali sebagai Eye of Sahara kerana bentuknya yang menyerupai mata dan boleh dilihat dari angkasa lepas. Bukti ini menunjukkan bahawa Eye of Sahara sememangnya besar!

Richat Structure dikaitkan dengan teori penemuan kota lagenda Atlantis yang dikatakan telah hilang atau lenyap lebih kurang 11,000-12,000 tahun dahulu. Ada juga yang mengatakan Atlantis ini berada di Greece, Lemuria, malah di Indonesia.

Teori terbaru mengatakan Richat Structure merupakan peninggalan kota Atlantis kerana bentuknya yang bulat dan menyerupai cerita Plato. Bagaimana ceritanya? Jom kita rungkai satu persatu.

kota atlantis dan rahsia tersembunyi_2
Plato

Cerita Atlantis telah direkodkan dalam buku Plato iaitu Critias dan Timaeus. Plato mendapat maklumat daripada seseorang bernama Solon. Solon menuju pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu dan setelah tiba di sana, beliau berjumpa dengan orang atasan Mesir bernama Sais. Maka, orang Mesir lah yang menceritakan kisah Atlantis iaitu, sebuah pulau yang ditelan ombak besar.

Plato menceritakan terdapat sebuah kerajaan besar yang berada di dalam lingkaran. Ia terbahagi kepada air dan tanah dalam bentuk bulatan. Lingkaran yang terdiri daripada kecil dan besar dengan lebih tepat, 2 bulatan tanah dan 3 bulatan air. Dikatakan Atlantis merupakan sebuah pulau yang sangat indah dan berada dalam lingkaran yang unik. Tamadun yang hebat, kerana ribuan armada tentera serta rakyat jelata tidak terhitung jumlahnya.

kota atlantis dan rahsia tersembunyi

Jika dilihat dari udara, bentuk bulatan jelas kelihatan, tetapi jika berada atas darat, hanya tanah yang landai. Plato menceritakan dalam bukunya, bulatan kota Atlantis berukuran 127 stadia. Stadia ialah ukuran bagi orang Greek pada ketika itu. 1 stadia bersamaan 607 kaki. Jika 127 stadia didarabkan dengan 607 kaki bersamaan 23 kilometer.

Kebetulannya tidak terhenti disitu…

Bahkan juga, Plato menggambarkan bagaimana keindahan Atlantis dengan mengatakan kota tersebut mempunyai sungai yang mengalir. Aliran sungai mengalir dari atas bukit di sebelah selatan.

Ini menunjukkan bahawa Richat Structure pada suatu ketika dahulu merupakan tempat yang sangat indah dan kehijauan. Jauh sekali jika dilihat pada masa kini, hanya padang pasir yang luas dan tanah landai.

Plato dalam bukunya juga menceritakan bahawa bagaimana batuan yang digali pada kuari mempunyai warna putih, hitam dan merah. Begitulah keadaan bangunan Atlantis yang dibina dari batuan berwarna tersebut.

Ahli arkeologi telah menjumpai batuan yang mempunyai 3 warna tersebut di Richat Structure. Lanjutan daripada itu, dokumentari berkenaan Richat Structure dikeluarkan pada tahun 2011.

Kota Atlantis dikatakan telah lenyap sekitar 11,000-12,000 tahun dahulu, bertepatkan dengan fenomena Younger Dryas. Perubahan iklim yang sangat mendadak pada ketika itu. Terdapat teori mengatakan kenapa fenomena Younger Dryas berlaku, berikutan komet telah jatuh sekitar 12 ribu tahun yang lalu.

Menurut Plato, raja pertama Atlantis adalah seorang yang bernama Atlas. Berikutan juga, merupakan anak Poseidon (Tuhan orang Greek). Secara kebetulannya, terdapat satu suku kaum di Mauritania yang dinamakan sebagai kaum Mauri (kini dikenali sebagai Berber). Tambahan lagi, raja Mauritania pada ketika itu bernama Atlas.

Herodotus yang lebih dikenali sebagai Bapa Sejarah kerana beliau antara orang penting dalam mengumpulkan bahan dan koleksi dokumentasi. Dilahirkan pada 484 sebelum Masihi dan sangat terkenal pada zamannya. Kalau anda lihat peta yang dilukis oleh Herodotus ini, anda akan dapat lihat perkataan Mt Atlas dan Atlantis pada petanya. Secara kebetulan, pergunungan Atlas terletak di Maghreb, yang didiami oleh kaum Berber.

kota atlantis dan rahsia tersembunyi_4

Atlantis bermaksud Pulau Atlas, sempena nama raja yang mengasaskan kota lagenda tersebut. Gunung Atlas dan kaum Mauri atau Berber serta perkataan Atlantis dalam peta Herodotus. Dah nampak persamaannya?

Plato juga mengatakan terdapat bukaan di selatan Atlantis, begitu juga dengan Richat Structure. Terdapat lukisan dinding yang mengatakan bahawa wujud haiwan seperti gajah di kawasan Mauritania. Setakat ini, para saintis masih bingung dengan tamadun apa yang mendiami di kawasan tersebut.

Bangkai ikan paus juga pernah dijumpai pada padang pasir sekitar Mauritania. Ini menunjukkan bahawa kawasan negara ini pernah berada di kawasan lautan. Richat Structure kini berada pada 300 kaki dari aras laut.

Bagaimana sebuah pulau menjadi tanah gersang, kering dan tandus?

Persekitaran Mauritania merupakan satu kawasan yang hijau dan mempunyai tumbuhan serta haiwan-haiwan pada ketika itu. Namun, kawasan tanah di sekitar benua Afrika telah terangkat beberapa milimeter setahun. Ini merupakan perkara yang terjadi pada benua Antartika.

Komet jatuh ke bumi lebih kurang 12,000 tahun dahulu dan dipercayai penyebab kenapa peristiwa Younger Dryas terjadi. Kesan daripada itu, terjadinya satu mega tsunami dan gempa bumi yang sangat kuat pada ketika itu. Ia seakan hampir sama dengan cerita Plato yang mengatakan Atlantis tenggelam dalam satu malam.

Tenggelam yang bermaksud dihempas oleh ombak besar menyebabkan kota itu runtuh dengan sekelip mata. Bila kita saksikan video tsunami Acheh atau Palu, kita dapat lihat bagaimana ombak menghancurkan dan menarik segala benda-benda yang ada. Jadi tidak hairan lah kalau kita lihat tidak ada kesan runtuhan atau apa-apa peninggalan pada Richat Structure ini.

Jika tengok melalui Google Earth, terdapat benda yang telah menghakis kawasan tersebut dan bersaiz sangat luas. Kemungkinan besar kesan daripada mega tsunami yang menghentam pulau Atlantis.

Bahagian tengah kota Atlantis, terdapat istana dengan tumbuhan unik dan didiami oleh para pendeta serta golongan bangsawan, manakala, bulatan yang lain terdiri daripada bala tentera laut dan darat yang berkemungkinan lebih kurang dalam 100,000 orang. Selain daripada itu, terdapat trek latihan ketenteraan dalam bulatan tersebut.

Bulatan paling ramai penduduknya terletak di bahagian luar. Mungkin dalam sejuta orang sebagaimana yang diceritakan oleh Plato. Dinamakan Downtown Atlantis kerana perdagangan jual beli tidak henti dari pagi hingga ke malam.

Betapa hebatnya, kota lagenda Atlantis ini pada waktu itu.

Jika anda pernah menonton filem superhero Aquaman, dia sendiri pergi ke sebuah tempat di gurun Sahara dan kenapa Sahara? Secara kebetulannya, Richat Structure ini memang berada di kawasan gurun. Malah, tidak ada siapa sangka benda itu kemungkinan Atlantis, dan kenapa Afrika? Wakanda dalam filem Black Panther juga di kawasan Afrika dan mempunyai teknologi yang canggih. Sesuatu yang tidak mungkin dibuat secara kebetulan.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca