Kos Tambang Murah, MYAirline Lancar Penerbangan Ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu

Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd bersedia untuk memulakan operasi tiga laluan pertamanya bulan depan bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.

Sumber: Juice

Penerbangan akan bermula pada 1 Disember ini ialah penerbangan ke Kota Kinabalu dan Langkawi sebanyak dua kali seminggu. Pada 2 Disember dan seterusnya, MYAirline akan terbang ke Kuching dua kali seminggu manakala penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu akan ditingkatkan kepada tiga kali seminggu mulai 23 Disember 2022.

Penerbangan itu akan menggunakan pesawat Airbus A320-200 yang dilengkapi 180 tempat duduk dalam kabin kelas tunggal.

Tambang bermula serendah RM48 dari Kuala Lumpur ke Langkawi manakala tambang ke Kuching dan Kota Kinabalu masing-masing bermula serendah RM68 dan RM88.

Sumber: MYAirline

Tempahan boleh dibuat melalui laman web MYAirline di www.myairline.my mulai 26 hingga 30 November 2022 untuk tempoh perjalanan bermula 1 Dis 2022 hingga 25 Mac 2023.

Pada masa depan, MYAirline bercadang melancarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Alor Setar, Terengganu serta destinasi utama lain di Malaysia selepas menerima kelulusan daripada pengawal selia.

Sumber: The Edge Markets

Ketua Pegawai Eksekutif, Rayner Teo berkata kekerapan penerbangan akan ditingkatkan apabila rangkaian domestik syarikat penerbangan itu berkembang seterusnya bercadang untuk memulakan penerbangan di rantau ASEAN pada suku kedua 2023.

Untuk baca lebih banyak artikel lain berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca