Koronavirus: WHO Akui Kesilapan, Risiko Global Terhadap Virus China Adalah Sangat Tinggi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tampil mengakui kesilapan dalam laporan terdahulu yang menyatakan risiko global terhadap virus dari China sebagai sederhana sedangkan ia adalah sangat tinggi.

Menurut WHO, berdasarkan situasi yang dilaporkan setakat hari Ahad, risiko adalah sangat tinggi di China dan peringkat wilayah serta global.

Turut diselit dalam kenyataan itu adalah nota kaki yang memaklumkan terdapat kesalahan dalam laporan terdahulu di mana mereka menjelaskan risiko global adalah sederhana.

Disoal lebih lanjut mengenai kesalahan itu, jurucakap WHO iaitu Fadela Chaib menegaskan bahawa ia cumalah kesalahan dalam sususan kata.

Ketua WHO iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus dilaporkan melawat China pada minggu ini bagi membincangkan tindakan lanjut untuk membendung virus terbabit.

“Keadaan ini adalah darurat di China, tetapi bukan di peringkat global,” kata Tedros sebelum ini.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak koronavirus, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca