Koronavirus: Sepanyol Sahkan Kes Pertama

Sepanyol hari ini menjadi negara kelapan dari benua Eropah yang mempunyai pesakit positif novel koronavirus (2019-nCoV).

Menurut laporan agensi CNN, Kementerian Kesihatan Sepanyol memaklumkan bahawa lelaki berkenaan telah dikuarantin di Pulau La Gomera, Canaries sebelum disahkan menghidap wabak tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, Kementerian Kesihatan negara berkenaan berkata lelaki yang tidak didedahkan identiti dan warganegaranya itu adalah salah seorang daripada lima individu yang telah dihantar ke pulau tersebut selepas siasatan awal mendapati mereka kontak rapat kepada seorang warganegara Jerman yang sebelum ini sah menghidap 2019-nCoV.

Difahamkan, seramai 21 orang warganegara Sepanyol yang dibawa keluar dari tempat bermulanya virus tersebut iaitu Wuhan kini sedang menjalani kuarantin di Madrid. Sehingga kini, masing-masing tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit itu.

Sementara itu, bilangan kes kematian akibat jangkitan wabak koronavirus di China terus meningkat kepada 259 orang pada Sabtu. Sebanyak 45 kematian baharu dan 1,347 kes baharu dilaporkan akibat jangkitan virus bahaya itu.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak koronavirus, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca