Koronavirus: Satu Lagi Kes Positif Dikesan Di Malaysia

Satu lagi kes positif wabak Koronavirus (2019-nCoV) telah dilaporkan di Malaysia yang melibatkan warganegara China setakat tarikh 30 Januari.

Pengesahan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu sekali gus menjadikan keseluruhan lapan kes positif di negara ini.

Menurut laporan, kes terbaharu berkenaan berlaku dalam kalangan kontak rapat yang membabitkan seorang lagi warganegara China berusia 49 tahun.

Difahamkan, kes kelapan ini melibatkan seorang wanita warganegara China yang telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Permai, Johor. Keadaannya dilaporkan stabil.

Mangsa merupakan isteri kepada pesakit positif Koronavirus ketujuh yang dilaporkan di Johor pada 29 Januari 2020 lalu.

Sejak pagi hari ini, pihak berkuasa kesihatan China mengesahkan jumlah kes jangkitan susulan penularan wabak Koronavirus kini sudah mencecah 7,158 individu, manakala angka kematian pula mencapai 170 orang di seluruh negara itu.

Menurut laporan, peningkatan jumlah jangkitan itu sekali gus menjadikan keseluruhan jumlah kes di seluruh dunia mencecah 7,251.

Bagi mengetahui info lanjut mengenai Koronavirus, sila tonton video di bawah:

Untuk membaca berita terkini mengenai wabak Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca