Koronavirus: Penyelidik Pilih 30 Ubat Sedia Ada Untuk Rawat Wabak

Penyelidik China dilaporkan sedang menguji keberkesanan 30 ubatan sedia ada, produk semula jadi aktif biologi dan perubatan Cina yang mungin mempunyai kesan terapeutik terhadap Koronavirus.

Menurut Akademi Sains China (CAS), satu pasukan bersama saintis dari Shanghai Institute of Materia Medica di bawah CAS dan ShanghaiTech University kini giat berusaha bagi mencari penawar untuk mencegah penularan wabak 2019 nCoV yang sudah menjangkiti ribuan individu.

Penyelidik dari ShanghaiTech University yang diketuai Rao Zihe dan Yang Haitao turut mengenal pasti struktur kristal resolusi tinggi protease viral utama (Mpro) pada Koronavirus berkenaan.

Difahamkan, Mpro berfungsi sebagai pengawal aktiviti kompleks replikasi Koronavirus yang merupakan sasaran terbaik untuk penawar terbabit.

Menerusi kajian terhadap Mpro Koronavirus itu, pasukan penyelidik menyaring ubat-ubatan dan pangkalan data untuk sebatian berpotensi tinggi daripada tumbuhan herba. Selain itu, mereka juga memilih 30 ubatan melalui gabungan pemeriksaan maya dan ujian enzimologi.

Antara ubatan yang dipilih termasuklah 12 anti-HIV seperti Indinavir, Saquinavir, Lopinavir, Carfilzomib dan Ritonavir. Selain itu, dua ubat antipernafasan antiskizofrenia dan immunosuppressant turut disenaraikan.

Di samping itu, beberapa ubatan tradisional Cina yang mengandungi komponen efektif terhadap 2019-nCoV seperti Polygonum Cuspidatum juga berada dalam senarai berkenaan.

Jelas CAS lagi, ujian lanjut akan dijalankan pasukan terbabit terhadap kesemua ubatan yang disenaraikan bagi memberikan garis panduan dan kajian klinikal serta rawatan terhadap Koronavirus.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca