Koronavirus: Lebih Ekstrem Dari China, Pasar Di Indonesia Ini Jual Makanan Istimewa

Selepas pasar makanan laut eksotik Wuhan menjadi tular kerana dikaitkan dengan wabak koronavirus (2019-nCOV), nama pasar Tomohon turut hangat diperkatakan oleh warganet.

Mana tidaknya, pasar di Sulawesi Utara itu dikatakan terkenal dengan aktiviti menjual pelbagai daging haiwan yang sukar didapati seperti ular, kelawar dan tikus hutan.

brown bat

Walaupun begitu, pihak berkuasa telah menutup pasar tersebut yang sebelum ini dibuka selama enam hari seminggu (pasar Tomohon ditutup pada hari Ahad) susulan wabak 2019-nCOV.

Ketua Makmal Kesihatan Haiwan dan Makmal Kesihatan Masyarakat, Pejabat Pertanian dan Penternakan Sulawesi Utara iaitu Hanna Tioho itu berkata bahawa penutupan pasar itu dilaksanakan sebelum wabak itu merebak.

Tambahnya, “Oleh itu, kami berharap masyarakat dapat memahami bahawa makanan tersebut tidak boleh dimakan. Pengawasan masih dijalankan seperti biasa dan berharap wabak itu tidak merebak di sini.”

Untuk dijadikan cerita, seorang penduduk di Tomohon berkata bahawa mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan di sana.

Terdapat kemungkinan bahawa ia merupakan salah satu cara untuk penduduk tempatan memenuhi perut mereka menurut laporan Sinar Harian.

people eat on street foods

Dalam pada itu, kejayaan seorang pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) dalam mengasingkan sejumlah besar kuantiti wabak novel koronavirus itu memberi petunjuk bahawa virus itu berasal dari sebuah pasar di Wuhan, China.

Pada pendapat anda, adakah penutupan pasar Tomohon buat sementara waktu mampu mengawal penularan wabak koronavirus di negara tersebut?

Kepada anda yang masih keliru dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang 2019-nCOV, anda boleh tonton video di bawah:

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai koronavirus, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca