Koronavirus: Jumlah Kematian Di China Meningkat 213

Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia melaporkan terdapat sebanyak 1,982 kes jangkitan Koronavirus baharu belaku di 31 wilayah di negara itu sehingga semalam.

Menerusi kenyataan berkenaan, sebanyak 157 kes berada dalam kategori teruk deangan 43 kematian baharu mambabitkan 42 kes di wilayah Hubei dan satu di Heilongjiang.

Jelasnya lagi, sebanyak 4,812 jangkitan dilaporkan dengan 47 kes berjaya ditangani.

Dalam kenyataan sama lagi, setakat jam 12 tengah malam tadi, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mengesahkan sebanyak 9,692 kes dilaporkan dan angka kematian mencecah 213.

Sementara itu, seramai 171 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital usai menjalani pemulihan.

Dalam pada itu, 113,579 kontak telah berjaya dikesan dengan 4,201 daripadanya sudah dibebaskan. Baki 102,427 yang lain kini sedang dipantau rapi.

Bagi mengetahui info lanjut mengenai Koronavirus, sila tonton video di bawah:

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca