Koronavirus: Hong Kong Catat Kematian Pertama

Hong Kong merekodkan kematian pertama penghidap novel koronavirus, menjadikannya sebagai kematian kedua di luar China.

Memetik laporan agensi antarabangsa, mangsa merupakan lelaki yang berusia 39 tahun dirawat di Princess Margaret Hospital di Kwai Chung, Hong Kong meninggal dunia pada pagi Selasa akibat kegagalan fungsi jantung secara mengejut.

Malah, mangsa sebelum ini diagnosis sebagai mangsa ke-13 positif virus di Hong Kong.

Berdasarkan rekod, mangsa pernah ke Wuhan, China pada 21 Januari yang lalu dan kembali ke Hong Kong dua hari kemudian menerusi rel ekspres sebelum menunjukkan gejala seperti demam pada 31 Januari.

Sebelum ini, mangsa menerima rawatan di Queen Elizabeth Hospital di Yau Ma Tei di mana dia disahkan jangkiti virus tersebut.

Berdasarkan maklumat awal yang didedahkan Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong, mangsa turut mengalami masalah kesihatan yang lain.

Ibunya turut menginap bersama dengannya juga disahkan sebagai pesakit novel koronavirus ke-15 di Hong Kong walaupun tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan, China.

Untuk baca artikel mengenai penularan koronavirus, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca