Koronavirus: Doktor Terawal Beri Amaran Meninggal Dunia

Seorang doktor di China yang merupakan antara individu terawal memberi amaran mengenai Koronavirus baharu disahkan telah meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Li Wenliang, 34, merupakan dokor pakar mata di sebuah hospital di Wuhan. Beliau dan tujuh individu lain pernah ditahan pihak berkuasa bulan lalu atas dakwaan menyebarkan berita palsu dan haram mengenai Koronavirus selepas Li Wenliang memberi amaran kepada pakar perubatan lain mengenai wabak misteri itu.

Kematian doktor yang kini disifatkan sebagai wira oleh rakyat China diratapi di media sosial ketika Beijing menyistiharkan ‘perang rakyat’ terhadap wabak yang menular dengan sangat pantas itu.

Selain itu, ramai warga China mengatakan Li Wenliang merupakan mangsa tragik dan menggambarkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan kemunculan virus itu pada peringkat awal wabak.

Menurut laporan terkini, wilayah Hubei yang terletak di Wuhan mencatatkan 69 kematian baharu sekali gus menjadikan jumlah mangsa korban Koronavirus (2019-nCoV) di China kini mencecah lebih 600 individu.

Tidak cukup dengan itu, terdapat 2,500 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah jangkitan di China kini melebihi 30,000 orang.

Sementara itu, Presiden China, Xi Jinping, sedang berusaha untuk meyakinkan rakyatnya dan dunia bahawa China akan mengatasi wabak berbahaya itu.

Memetik perbualan telefon beliau dengan Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman Abdulaziz Al Saud, Xi Jinping berkata, seluruh negara telah bertindak balas dengan segala kekuatan melalui beberapa langkah kawalan dan pencegahan paling teliti serta ketat. Malah, ‘perang rakyat’ bagi mengawal dan mencegah epidemik itu juga dilakukan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca