Koronavirus: Bill Gates Pernah ‘Ramal’ Pada Tahun Lalu

Wabak koronavirus telah meragut hampir 500 nyawa setakat tengah hari ini.

Jangkitan yang berpunca dari pasar basah di Wuhan, China itu telah menjangkiti lebih 300,000 manusia dan sehingga kini masih belum nampak akan reda.

Mungkin ia satu kebetulan apabila situasi yang kita hadapi sekarang ini didakwa pernah diperkatakan tahun lalu dan sedikit sebanyak menggambarkan situasi yang amat digeruni itu.

Jutawan yang juga pengasas teknologi Microsoft, Bill Gates pernah ‘meramal’ keadaan ini di mana satu pandemik yang bertunas dari pasar basah di China berkemungkinan membunuh jutaan manusia dalam satu dokumentari Netflix.

Malah, Pandemik seadakan-akan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) itu diperkatakan secara jelas dalam satu episod siri “Explained” bertajuk “The Next Pandemic” yang ditayangkan pada tahun lalu.

Dalam siri tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft itu memberi amaran bahawa dunia masih belum bersedia untuk memerangi pandemik yang mendatang.

“Apabila satu pandemik berlaku, tidak kira kesan terhadap populasi, kita pasti menyesal apabila tidak cukup melabur dari segi tenaga dan dana dalam penyelidikan terhadap mengeluarkan penawar,” kata Gates dalam dokumentari tersebut.

Malah, episod dokumentari terbitan Vox Media itu turut menjangka satu pandemik yang berkemampuan melenyapkan sebahagian besar populasi akan bermula dari negara China.

Syot yang dirakam di sebuah pasar di Lianghua, China itu menunjukkan bagaimana haiwan liar dibunuh serta dijual di situ.

Dokumentari mendurasi 20 minit turut menunjukkan bagaimana pembunuhan dan penjualan daging haiwan di pasar itu menyebabkan virus bercampur dan melalui mutasi sebelum menghasilkan versi baharu dan berbahaya.

Jika dibandingkan dengan pandemik yang lalu, seperti H1N1 dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), penularan bermula daripada percampuran virus antara lebih satu haiwan yang kemudiannya menjangkiti manusia.

SARS pada tahun 2002 sehingga 2003 telah membunuh 774 orang dan menjangkiti 8,100 di seluruh dunia.

Koronavirus setakat ini telah membunuh 361 di China, satu di Filipina serta menjangkiti lebih 17,000 orang lebih 20 buah negara, jauh melebihi jumlah yang terjangkit oleh SARS.

Untuk baca artikel yang berkaitan penularan koronavirus, sila klik pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca