Koronavirus: Angka Korban Meningkat Kepada 425 Orang

Angka kematian akibat penularan wabak koronavirus dilaporkan terus meningkat kepada 425 kes di mana ia mencatatkan peningkatan sebanyak 64 kematian pada hari ini.

Menerusi kemas kini harian, angka direkodkan suruhanjaya kesihatan di Hubei itu disifatkan sebagai paling teruk ekoran penularan wabak yang dikenali sebagai 2019-nCoV itu.

Pada masa yang sama, angka itu turut merekodkan jumlah jangkitan ekoran penularan wabak tersebut meningkat kepada 2,345 kes baharu.

Untuk rekod, Wuhan yang merupakan sebuah bandar di wilayah Hubei, China menjadi titik awal penularan wabak koronavirus.

Angka kematian akibat virus itu terus meningkat dari masa ke masa selain pertambahan kes baharu yang direkodkan di beberapa buah negara lain selain China.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak koronavirus, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca