Koronavirus: Angka Korban Meningkat Kepada 362 Orang

Angka kematian akibat penularan wabak koronavirus dilaporkan terus meningkat kepada 362 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 17,205 orang.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, 2,829 kes baru dan 57 kematian dilaporkan di China pada Ahad berbanding 2,590 kes baru dan 45 kematian pada Sabtu.

Difahamkan, 56 daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan adalah di wilayah Hubei, pusat kejadian wabak koronavirus itu manakala satu lagi di Chongqing.

Memetik laporan Astro Awani, jumlah kes yang disahkan positif di Hubei meningkat kepada 2,103, dengan 56 kematian, meningkat dari 1,921 dan 45 pada Ahad.

Sekurang-kurangnya 171 kes telah dilaporkan di lebih 20 negara dan wilayah lain, termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Britain.

Di Filipina, seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia akibat virus tersebut pada Sabtu sekali gus menjadikan jumlah kesemuanya 362 kematian setakat ini.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak koronavirus, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca