Koronavirus: Angka Korban Di China Meningkat Kepada 106 Orang

Angka kematian di China akibat penularan wabak koronavirus dilaporkan terus meningkat kepada 106 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Menurut pihak berkuasa China, jumlah kes baharu direkodkan adalah sebanyak 1,300 kes.

Dalam pada itu, dua lagi negara iaitu Sri Lanka dan Jerman turut mencatatkan satu kes positif koronavirus. Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di luar China adalah sebanyak 65 buah negara.

Beberapa syarikat ternama di China dilaporkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi cuti panjang kepada para pekerja. Malah, ada yang bertindak menutup kedai buat sementara waktu bagi mengurangkan bahaya penularan virus yang sedang melanda.

Kerajaan China sendiri turut mengambil keputusan untuk memanjangkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina di mana ia ditambah tiga hari iaitu hingga ke 2 Februari.

Dalam perkembangan lain, Malaysia dilaporkan masih kekal dengan jumlah empat kes.

Untuk rekod, Wuhan yang merupakan sebuah bandar di wilayah Hubei, China menjadi titik awal penularan wabak koronavirus.

Angka kematian akibat virus itu terus meningkat dari masa ke masa selain pertambahan kes baharu yang direkodkan di beberapa buah negara lain selain China.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak koronavirus, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca