Koronavirus: Angka Kematian Di China Kini Meningkat 304

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baru di Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat semalam, menurut laporan televisyen China.

Hubei, di mana virus tersebut bermula, mencatatkan sebanyak 1,921 kes tambahan dan menjadikan kesemua 9,074 jangkitan di wilayah itu.

Menurut laporan agensi berita CNA, jumlah jangkitan di seluruh negara itu telah melebihi 14,300 kes.

Malah, kebanyakan kes kematian dan jangkitan virus yang dinamakan 2019-nCoV dilaporkan di Hubei adalah sebuah wilayah di tengah China yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Pada Jumaat yang lalu, seorang pengawai tinggi kerajaan di Wuhan telah melahirkam kekesalan kerana pihak berkuasa tempatan didakwa bertindak terlalu lambat.

Pada minggu lepas, kerajaan pusat China bertindak menutup Wuhan dan kawasan sekitarnya iaitu di wilayah Hubei, serta penyekat perjalanan di seluruh negara yang mempunyai 1.4 billion penduduk itu.

Bagaimanapun, wabak itu telah tersebar luas ketika warga Cina merantau ke seluruh negara sempena cuti Tahun Baru Cina yang bermula 25 Januari yang lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan wabak tersebut adalah darurat kesihatan global, tetapi tidak mengesyorkan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan antarabangsa.

Setakat ini, virus tersebut telah merebak lebih 20 negara di seluruh dunia.

Beberapa negara telah mengambil tindakan segera dengan memindahkan warganegara mereka dari Wuhan, melibatkan ratusan warga Amerika Syarikat, Jepun, British, Perancis dan Korea Selatan setakat ini.

Diharapkan semua mengambil langkah berjaga-jaga daripada virus ini dengan menjaga kebersihan diri.

Video yang berdurasi tiga minit ini telah menerangkan secara ringkas dan padat mengenai koronavirus dan langkah-langkah pencegahannya.

Untuk mengetahui info mengenai Koronavirus, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca