Koronavirus: Amerika Syarikat Bawa Pulang Rakyat Dari Wuhan

Amerika Syarikat (AS) membawa pulang sekitar 240 orang warga negara itu yang majoritinya diplomat dan ahli keluarga mereka dari Wuhan, China.

Pesawat yang disewa khas itu dilaporkan berlepas pada awal pagi Rabu waktu tempatan dan ketika ini sedang dalam perjalanan menuju ke AS.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan AS, pesawat tersebut sebelum itu berhenti mengisi bahan api di Alaska sebelum meneruskan penerbangan ke California.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai di Lapangan Terbang California dikatakan sudah bersiap sedia untuk menerima dan melakukan saringan kesihatan ke atas kesemua diplomat dan keluarga mereka sejurus tiba.

Mereka kemudiannya akan dikuarantin buat sementara waktu di dalam rumah masing-masing iaitu sekitar tempoh dua minggu jika diperlukan.

“Kami sedang melakukan persediaan yang sewajarnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan (kes),” ujar jurucakap San Bernardino, David Wert.

Untuk rekod, Wuhan yang merupakan sebuah bandar di wilayah Hubei, China menjadi titik awal penularan wabak koronavirus.

Angka kematian akibat virus itu terus meningkat dari masa ke masa selain pertambahan kes baharu yang direkodkan di beberapa buah negara lain selain China.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak koronavirus, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca