Koronavirus: 9 Orang Dijangkiti Lepas Kongsi Makan Stimbot

Sembilan orang ahli keluarga yang berasal dari Hong Kong dilaporkan dijangkiti novel Koronavirus (2019-nCoV) selepas menikmati hidangan stimbot bersama-sama.

Kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan terbaru wabak berbahaya di negara itu meningkat kepada 10 orang setakat semalam.

Walau bagaimanapun, kes jangkitan ke-10 adalah melibatkan seorang lelaki berusia 70 tahun yang tidak mempunyai kaitan dengan keluarga berkenaan.

Menurut laporan, seorang pemuda berusia 24 tahun dan neneknya yang berumur 91 tahun adalah dua individu terawal daripada keluarga berkenaan yang disahkan positif novel Koronavirus.

Hasil pemeriksaan lanjut oleh Hong Kong’s Centre for Health Protection kemudiannya mendapati ibu bapa kepada pemuda berkenaan, dua orang ibu saudara dan tiga orang sepupu turut telah dijangkiti virus sama.

Difahamkan, kesemua mangsa dibawa ke wad pengasingan di Hospital Ruttonjee dan Hospital Pamela Youde Nethersole Eastern dimana sampel saluran pernafasan 10 kes terbaharu itu diambil.

“Menerusi sampel yang diambil, kesemua 10 kes terbaharu disahkan positif Koronavirus,” ujar pihak berkuasa.

Susulan daripada penambahan terbabit, angka mangsa yang dijangkiti Koronavirus di Hong Kong telah meningkat kepada 36 orang sekali gus mengakibatkan ketakutan tercetus di kawasan berkenaan.

Kesemua ahli keluarga yang dijangkiti itu dipercayai telah menghadiri sebuah perjumpaan keluarga di Lento Party Room, Kwun Tong dimana mereka telah memesan hidangan berupa stimbot dan barbeku.

Laporan lanjut mengatakan terdapat 19 orang semasa makan malam itu berlangsung dan dua daripadanya bersal daripada China.

Difahamkan, kedua-dua saudara tersebut sudah mendapatkan bantuan perubatan sebaik tiba di sempadan.

“Salah seorang daripada mereka disahkan negatif novel Koronavirus manakala, seorang lagi sedang menunggu keputusannya,” kata pihak berkuasa.

Setakat ini, Koronavirus sudah meragut lebih daripada 800 nyawa di seluruh dunia dan menjangkiti 37,000 yang lain. Jumlah berkenaan telah berjaya mengatasi angka kematian akibat wabak SARS yang berlaku pada tahun 2003.

Terdapat lebih daripada 40,000 kes jangkitan Koronavirus dilaporkan di seluruh dunia dimana majoritinya adalah di China.

Angka kematian terkini di republik itu dilaporkan sudah mencecah lebih 1,000 orang.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca