Korea Selatan Kenakan Denda Terhadap Individu Yang Tidak Memakai Pelitup Muka

Korea Selatan kini mula menguatkuasakan peraturan mendenda individu yang gagal memakai pelitup muka di tempat awam. Peraturan itu dilaksanakan susulan peningkatan kes COVID-19 yang meningkat di negara itu dengan mencatat 191 kes baharu direkodkan dengan kenaikan kes jangkitan setiap hari.

Sumber: AP

Berdasarkan peraturan itu, individu yang tidak memakai pelitup muka akan didenda 100,000 won (RM370) ketika berada di tempat awam termasuklah kelab malam, pusat beli-belah, taman tema dan juga salun.

Sebelum ini, Korea Selatan telah diberi pujian atas usaha mereka mengawal pandemik termasuk menjalankan ujian secara agresif dan pengesanan kontak. Bagaimanapun negara itu kini berdepan kesukaran dalam membendung penularan wabak dalam kalangan kluster kecil di mana dalam tempoh beberapa minggu ini kes harian dicatatkan sekitar 100 kes.

Sumber: CNN

Selari dengan usaha pihak berkuasa dalam memperketatkan pemakaian pelitup muka, Korea Selatan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di 23 jenis kawasan termasuk spa, dewan perkahwinan dan gedung serbaneka pada awal bulan ini.

Sumber: abcnews

Menurut pihak berkuasa kesihatan, daripada jumlah kes baharu tersebut, 162 kes daripadanya membabitkan penularan tempatan dan lebih 50 peratus jangkitan dalam tempoh dua minggu ini adalah dari kawasan sibuk seperti di Seoul yang padat dengan penduduk.

Difahamkan menerusi maklumat dari Agensi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, jumlah kes baharu itu telah menjadikan keseluruhan bilangan kes di Korea Selatan adalah sebanyak 28,133 kes sehingga malam Khamis dengan kematian mencecah sejumlah 488 kes.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca