Korea Selatan Keluarkan Telefon Pintar 5G Pertama Di Dunia

Pada hari ini, syarikat Samsung telah melancarkan Galaxy S10 5G, telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan perkhidmatan 5G. Sebelum ini, Korea Selatan menjadi negara yang pertama melancarkan perkhidmatan 5G secara komersial pada hari Rabu yang lalu.

Dengan perkhidmatan 5G ini, anda boleh memuat turun satu filem dalam masa yang singkat iaitu kurang daripada satu saat. Tiga syarikat telefon di Korea Selatan seperti SK Telecom, KT dan LG Uplus telah mengadakan sesi pelancaran bagi telefon pintar Galaxy S10 ini yang berharga 1.39 juta won ($ 1,200) di seluruh Seoul.

Paparan virtual reality dan demostrasi robot telah dipamerkan di majlis tersebut untuk menunjukkan keupayaan kelajuan Internet mudah alih yang terbaru dan ini membuatkan pengunjung yang hadir begitu teruja.

“Saya sering menonton banyak video, filem dan ceramah pendidikan dan saya berharap agar kelajuan yang lebih cepat ini dapat membantu saya dalam menguruskan masa dengan lebih baik.” kata pembeli telefon pintar Shim Ji-hye, 38.

Mengikut salah seorang daripada pembeli telefon pintar ini, Lee Sang Yoon berkata, virtual reality dapat dilihat dengan lancar tanpa tersekat dan beliau boleh menikmatinya dengan kualiti dan kelajuan yang lebih baik.

Artikel Lain Untuk Di Baca