Korea Selatan Guna Gelang Elektrik Ini ‘Track’ Individu Langgar Kuarantin

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia masih lagi berada pada tahap membimbangkan sehingga ke hari ini. Oleh itu, Korea Selatan akan menggunakan gelang tangan elektrik untuk mengesan individu yang tidak mematuhi perintah kuarantin di negara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan kira-kira 57,000 individu yang diarahkan untuk menjalani isolasi diri mungkin meninggalkan telefon bimbit dengan aplikasi pengesanan di rumah mereka.

Namun, inisiatif pihak kerajaan dalam meluaskan penggunaan gelang tangan tersebut di Korea Selatan tidak boleh diteruskan selepas menerima tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi manusia dan aktivis undang-undang.

Sumber: AP

Meskipun ramai yang bimbang tentang aspek privasi, pihak berkuasa menegaskan penggunaan gelang tangan itu amat penting.

Hal ini demikian kerana bilangan individu yang diarah menjalani perintah kuarantin ini menyaksikan peningkatan yang mendadak selepas kerajaan mewajibkan tempoh isolasi diri selama dua minggu kepada mereka yang tiba dari luar negara bermula 1 April lalu.

Gelang tangan itu pula akan berhubung dengan aplikasi pengesanan yang dipasang pada telefon pintar menerusi Bluetooth. Sekiranya si pemakai cuba untuk membuang atau musnahkan alat tersebut atau meninggalkan rumah sekali pun, ia akan memaklumkan pihak berkuasa dengan serta-merta.

Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan berkata sekurang-kurangnya 886 kes positif COVID-19 tersebut adalah berpunca daripada individu yang tiba di luar negara.

Akhir kata, patuhi arahan kerajaan demi kebaikan semua. Jaga diri anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca