Korbankan Bayi Untuk Ritual, Ini Perkara Biasa Buat Penyembah Syaitan Di Amerika Syarikat

Pada akhir tahun 2010, agama penyembahan syaitan, aktiviti penyerahan jiwa atau satanisme telah menjadi agama keempat paling pesat perkembangan pengikutnya dan apa yang paling mengejutkan, agama ini telah menjadi semakin popular. Itulah kata-kata bekas pemuja syaitan, Zachary King yang telah menukar agamanya kepada Kristian dan kini tinggal di Gereja Katolik.

Zacahry King melakukan transformasi kepada Katolik pada 2008. Sebelum itu, dia adalah seorang pemuja syaitan berstatus ahli sihir tertinggi yang diiktiraf Geraja Syaitan Antarabangsa. Dia memegang jawatan sebagai Paderi Syaitan Tertinggi dan melakukan ritual berpaksikan syaitan untuk ahli-ahli politik, CEO, Penerbit TV dan artis terkenal.
Dalam temu ramah bersama Crusade Magazine, Zachary King berkata bahawa dia telah berada dalam Satanisme ini lebih dari 26 tahun.

Satanisme mempunyai banyak versi dalam penceritaan asal usulnya. Antara yang paling terkenal ialah pemberontakan Lucifer dan malaikat-malaikatnya kepada Tuhan. Lucifer ialah malaikat tertinggi di syurga yang telah mengingkari arahan Tuhan.

Alfred E.Waite mentakrifkan tentang satanisme di dalam bukunya yang bertajuk ‘Devil Worship in France’ sebagai pergerakan manusia yang meniru malaikat si derhaka serta mengisytiharkan kesetiaan kepada Lucifer sebagai satu bentuk penentangan terhadap Tuhan.

Pada September 2014, satu ritual ‘Black Mass’ telah dianjurkan di tengah-tengah bandar Oklahama yang mana penyertaannya terbuka kepada orang awam.

Dalam erti kata lain, ini merupakan upacara penyembahan iblis atau syaitan yang pertama diraikan secara terbuka dan besar-besaran pada siang hari kepada seluruh dunia dan diterima ramai dalam sejarah peradaban manusia.

Kebiasaannya, semua upacara penyembahan tersebut dijalankan secara tertutup, sama ada di ruang bawah tanah rumah atau di dalam bilik dengan langsir yang ditutup rapi dan dilakukan pada tengah malam.

Mengikut ideologi satanisme, ‘Black Mass’ ialah upacara penyembahan syaitan yang dilakukan oleh ramai Paderi Tertinggi Syaitan setiap hari di tengah malam atau ketika ‘Witching Hour’ iaitu kira-kira dalam pukul 3.00 pagi yang mana bagi mereka itu adalah masa yang bertentangan dengan masa Jesus Christ disalib.

Demi mendapatkan harta, pangkat dan nama, para pemuja syaitan ini sanggup mengorbankan anak sendiri yang masih di dalam perut atau sudah sudah dilahirkan ketika upacara ‘Black Mass’ ini berlangsung.

Apa yang paling mengejutkan, aktiviti penyembelihan dan pengguguran kanak-kanak ini dilindung oleh undang-undang Amerika Syarikat. Para peguam dilantik untuk berunding dan memastikan semua aktiviti tersebut sentiasa berada di bawah landasan undang-undang Amerika Syarikat.

Adakah pengguguran bayi dikira bukan suatu pembunuhan? Ibu ayah mereka menafikan hak nyawa ke atas mereka malah disokong oleh kebanyakan umat manusia yang lain.

Adakah kerana mereka masih kecil dan tidak mampu bersuara maka pembunuhan terhadap mereka dianggap seperti suatu perkara biasa? Apakah bezanya pula pembunuhan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak? Perkara yang tidak masuk akal apabila mengorbankan darah daging sendiri untuk kekayaan dan kebendaan.

Selain penyerahan bayi kepada Syaitan, suami juga sanggup mengorbankan anak-anak, isteri dan ahli keluarganya yang lain.

Artikel Lain Untuk Di Baca