Korban Pemandu Mabuk Meningkat, #PemanduMabukMembunuh Kini ‘Trending’ Di Twitter

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk mengakibatkan kematian. Kejadian seperti ini bukan terjadi sekali dua tetapi sudah berlaku banyak kali.

Pastinya perkara ini membuatkan ramai orang berasa sedih terutamanya ahli keluarga mangsa dan inginkan pembelaan sewajarnya. Berikutan itu, kini #PemanduMabukMembunuh trending nombor 1 di Twitter sebagai tanda tidak puas hati.

Rata-rata warganet berasa tidak puas hati dengan denda dan hukuman yang diberikan kerana tidak setimpal dengan apa yang dilakukan. Malah, minum arak adalah satu pilihan bukannya terpaksa dan jika sudah mabuk seharusnya tidak memandu kenderaan.

Selain itu, ada juga warganet yang berkongsi telah kehilangan ahli keluarga disebabkan pemandu mabuk. Sikap tidak bertanggungjawab oleh pemandu mabuk telah mengakibatkan orang tidak bersalah menjadi mangsa sehingga cedera serta maut.

Justeru itu, rata-rata warganet menyeru agar hukuman lebih tegas diberikan kepada pemandu mabuk agar mereka takut dan serik serta patuh kepada undang-undang.

Apa pandangan anda mengenai isu ini dan apakah hukuman yang anda rasa wajar diberikan kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian?

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan pemandu mabuk, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca