Kopi Boleh Pudarkan Bekas Jerawat? Ini 14 Fakta Kopi Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda merupakan seorang penggemar kopi? Berikut merupakan 14 fakta kopi yang anda perlu tahu:

1. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya

Pengambilan kopi secara sederhana boleh membantu untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, Alzheimer, Parkinson dan lain-lain.

2. Mengawal kemurungan

Kemurungan ialah penyakit yang berkaitan dengan emosi. Kemurungan boleh menjejaskan kehidupan individu daripada segi pemikiran, tingkah laku dan lain-lain.

Dengan mengambil empat cawan setiap hari, kadar kemurungan boleh dikurangkan sebanyak 20 peratus.

3. Mengurangkan risiko diabetes

Kencing manis merupakan penyakit yang kebiasaannya melanda rakyat Malaysia yang berusia dalam lingkungan 40-an ke atas. Walau bagaimanapun, terdapat juga rakyat Malaysia yang muda tetapi menghidapi diabetes.

Sekiranya anda ingin minum kopi, anda janganlah minum dengan kadar gula yang tinggi. Seeloknya, anda minumlah kopi O tanpa gula ataupun menggantikan gula tersebut dengan stevia (bahan pemanis).

4. Mengandungi nutrisi yang baik

Kopi mengandungi riboflavin (vitamin B2). Riboflavin ialah sejenis vitamin yang diperlukan dalam pertumbuhan dan berguna untuk menjalankan fungsi sel secara normal.

Selain itu, kopi mengandungi pantothenic acid (vitamin B5). Bukan sahaja vitamin B5 boleh mengatasi asma, tetapi pengambilan vitamin ini boleh meningkatkan kekebalan tubuh, gangguan pernafasan dan masalah jantung.

Kopi juga mengandungi magnesium dan niacin (vitamin B3). Selain bersifat larut air, vitamin ini merupakan nutrisi yang sangat penting dalam sistem saraf, saluran pencernaan dan kulit.

5. Mengandungi agen anti pengoksidaan

Kopi mengandungi asid klorogenik yang merupakan agen anti pengoksidaan. Walau bagaimanapun, kandungan asid ini akan berkurangan apabila kopi tersebut dibakar.

6. Mengandungi kafein

Seperti yang anda sedia maklum, kafein mempunyai banyak fungsi dan khasiatnya. Walau bagaimanapun, kafein hendaklah diambil dalam kadar yang diperlukan sahaja. Pengambilan kopi secara berlebihan boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan kita.

Kafein berfungsi untuk meningkatkan tekanan darah dan mencegah penurunan fungsi otak.

7. Meningkatkan tenaga

Kopi boleh membantu untuk mengurangkan rasa letih dan meningkatkan kadar tenaga. Disebabkan itu, kopi dikatakan mampu untuk membuatkan kita menahan diri daripada mengantuk dan tertidur waktu malam.

Untuk yang mahu tidur awal, anda disyorkan untuk tidak minum kopi beberapa jam sebelum waktu tidur supaya jadual tidur anda tidak terganggu.

8. Membantu dalam menurunkan berat badan

Tahukah anda bahawa kopi merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan berat badan? Biji kopi mengandungi senyawa yang bernama klorogent dan kafein yang mampu membantu untuk mengatasi masalah berat badan.

Sekiranya anda bertekad untuk menurunkan berat badan, amalkanlah minum kopi tetapi janganlah letak gula dengan kadar yang tinggi.

9. Memperkuatkan tulang dan melindungi hati

Apabila anda minum kopi, anda secara tidak langsung akan mendapat khasiat daripada kalsium juga.

Dengan mendapat kalsium yang mencukupi, tulang di dalam tubuh badan kita akan menjadi lebih kuat dan kita boleh menghindarkan diri kita daripada masalah tulang reput.

Sekiranya kopi diminum secara konsisten dan mengikut had, anda mampu untuk melindungi hati daripada rosak.

10. Mengurangkan risiko penyakit Parkinson

Parkinson merupakan penyakit saraf degeneratif yang kedua paling umum di dunia. Walaupun penyakit ini boleh membawa maut, risiko tersebut boleh dikurangkan dengan mengamalkan pengambilan kopi.

Hal ini kerana kopi mengandungi kafein yang boleh membantu untuk mengurangkan risiko penyakit Parkinson.

11. Mengurangkan minyak di wajah

Penggunaan masker kopi boleh membantu untuk mengurangkan masalah minyak di muka.

Anda boleh mengamalkan penggunaan masker ini dua kali seminggu. Untuk membuat masker tersebut, anda hanya perlu bancuh serbuk kopi tersebut bersama madu dan sedikit air.

Kemudian, anda oleskan masker tersebut di seluruh wajah selama beberapa minit kemudian bilas muka anda dengan air biasa.

12. Mengatasi dan memudarkan bekas jerawat

Jerawat berpunca daripada minyak berlebihan di wajah anda. Masalah jerawat tersebut boleh diatasi dengan mengamalkan penggunaan masker kopi.

Apabila masker tersebut digunakan secara konsisten dan teratur, bekas jerawat pada wajah boleh pudar dan kulit wajah juga boleh menjadi lebih halus.

13. Mengecilkan pori di wajah

Kopi juga dipercayai dapat membantu untuk mengecilkan pori di wajah. Berbanding dengan kulit di bahagian lain, kulit di wajah merupakan bahagian kulit yang paling sensitif.

Dipercayai, penggunaan masker kopi mampu untuk mengecilkan pori di wajah kerana zat-zat dalam kopi mampu untuk memulihkan kulit wajah.

14. Memutihkan kulit wajah

Untuk membuat masker tersebut, anda hanya perlu mencampurkan serbuk kopi dan madu. Kemudian, anda letakkan campuran tersebut pada muka selama beberapa minit.

Anda akan nampak keberhasilannya sekiranya anda kerap menggunakan masker tersebut. Walau bagaimanapun, anda janganlah berharap untuk menjadi putih dalam jangka masa yang sekejap kerana ianya mengambil masa yang lama untuk putih.

Hal ini kerana kopi merupakan bahan semula jadi dan tidak dicampurkan dengan bahan-bahan kimia yang dapat membantu untuk memutihkan kulit wajah.

Sekiranya anda penggemar kopi, anda boleh mempelajari pelbagai fakta menarik tentang minuman kegemaran anda menerusi artikel ini.

Penulis:
• Maizatul Najla Binti Yusof adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Artikel Lain Untuk Di Baca