Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Ke-3

Disempurnakan oleh YM Putra Dr. Bandar Bin Salman Bin Mohamed Al Saud
Tempat: Pusat Persidangan Shah Alam (SACC)
Tarikh: 14 November 2019
Jumlah graduan: 1285 orang
Jumlah graduan yang hadir: 217 orang

Turut serta memberi penghormatan bagi majlis ini ialah Penasihat Agama kepada Raja Arab Saudi, YTM Raja Salman.

Salah satu visi penubuhan Al-Madinah International University (MEDIU) adalah sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang berperanan memberi pendidikan kepada masyarakat diperingkat dunia.

Kini telah terbukti bahawa MEDIU mempunyai lebih daripada 4,000 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di kampus secara konvesional dan secara jarak jauh atau dalam talian dari lebih sembilan puluh buah negara dengan penyediaan lebih 80 kursus akademik yang telah memperolehi akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Al-Madinah International University (MEDIU) mempunyai komitmen yang mantap kepada kecemerlangan akademik dan program berdasarkan merit. Dengan itu, MEDIU sebagai universiti yang bertaraf antarabangsa telah menyediakan program bagi memperkasakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kursus-kursus yang setaraf dengan universiti luar negara sebagai memenuhi keperluan masa kini.

Al-Madinah International University (MEDIU) memiliki elemen yang membabitkan inklusi sosial dimana golongan sederhana, miskin dan yang terpinggir diberi peluang untuk berjaya dengan memperkenalkan biasiswa pengajian sepenuhnya kepada pelajar yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan mengikuti Program Asasi (Pra Ijazah) dalam Bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk menyambung pengajian mereka di peringkat menara gading dan persediaan selama 1 tahun bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sehubungan itu, MEDIU akan memastikan tidak ada yang ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan di peringkat tertinggi.

Program ini adalah komitmen murni MEDIU dalam usaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dan pelajar tentang kepentingan ilmu dan keperluan belajar di menara gading.

Dengan adanya usaha MEDIU yang murni dan kreatif ini, pasti dapat meningkatkan motivasi dan keupayaan kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti bagi membentuk individu yang cemerlang dalam kehidupan akan datang.

Inisiatif ini juga merupakan usaha MEDIU ke arah membangun dan mentransformasikan negara agar tidak ada kumpulan dalam masyarakat kita tercicir dan ketinggalan dalam menguasai ilmu pengetahuan dan merebut peluang memperbaiki mutu dan kualiti hidup masing-masing. Malah, inisiatif ini merupakan ciri-ciri yang terkandung dalam Falsafah Model Baharu Ekonomi yang amat menekankan penyertaan dari semua pihak.

Dalam erti kata lain, Program Khidmat Masyarakat MEDIU ini amat bertepatan dan selari dengan kehendak kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara ini mendapat ruang dan peluang yang sebaik mungkin dalam soal akses kepada pendidikan dan pengajian tinggi.

MEDIU telah menjadi satu lagi wadah baru dan kontemporari bagi pengajian melalui pembelajaran secara konvensional (on campus) dan secara maya (on line) dengan menawarkan peluang pengajian inovatif dalam bidang pengajian yang pelbagai.

MEDIU menawarkan pengajian dari enam fakulti pengajian iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Kewangan dan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan.

MEDIU yang berperanan sebagai institusi pendidikan tinggi secara tidak langsung memantapkan lagi kaedah pendidikan negara dengan mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa dan tenaga pensyarah dari luar negara. Secara tidak langsung, MEDIU menjadi alternatif kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Timur Tengah.

Sehingga kini MEDIU berjaya membentuk mahasiswa yang memiliki kemahiran berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Sistem pendidikan bahasa Arab di MEDIU ternyata amat berkesan dalam membina kemahiran dengan keupayaaan berdasarkan keperluan masa kini. Keberkesanan sistem ini adalah kombinasi tenaga pengajar dari luar negara khususnya dari negara Timur Tengah dan suasana dalam kampus MEDIU sendiri.

Tawaran pengambilan untuk pengajian Februari 2019 kini telah dibuka. Para pelajar boleh mengisi borang secara dalam talian menerusi laman web www.mediu.edu.my.

Justeru itu, bagi memberi kemudahan utk pendaftaran, pelajar juga boleh terus datang ke kampus di Desa Petaling, Kuala Lumpur untuk mendaftar dengan pegawai disini sambil mendapat maklumat pengajian secara langsung daripada pensyarah dengan ribuan pelajar dari pelbagai negara melebihi 80 buah negara.

Menerusi pendidikan komprehensif yang ditawarkan ini, pihak MEDIU telah berjaya membangunkan kampus universiti yang dapat menampung seramai 5,000 orang pelajar dan mewujudkan suasana yang menggalakkan serta mengembangkan penyelidikan pelopor dengan matlamat menjadi salah satu institusi pendidikan antarabangsa yang terulung.

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mencapai perkembangan yang memberangsangkan menepati status bertaraf antarabangsa dengan mempunyai 123 kursus akademik, 81 daripadanya telah memperoleh akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA.

“MEDIU berasa sangat berbangga dan bertuah menjadi sebahagian daripada agensi yang berperanan merealisasikan cita-cita kerajaan Malaysia iaitu ‘Mengantarabangsakan Pengajian Tinggi’ selaras dengan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi di peringkat dunia,” jelas Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU).

Untuk maklumat lanjut berhubung peluang ke menara gading di saat-saat akhir ini, pelajar boleh mendapat maklumat dengan menghubungi talian 03-90555417 /90555416 atau emel pada alamat [email protected]

Artikel Lain Untuk Di Baca