Kontroversi Prestasi Merudum, TMJ Tetap Percaya Kemampuan Safawi Rasid

Buka sahaja mana-mana media sosial, pasti rata-rata sedang bercakap mengenai Safawi Rasid dan teman wanitanya, Syifa Melvin.

Mana tidaknya, prestasi pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikatakan merudum kerana gadis berkenaan hingga pemilik pasukan JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim hilang sabar ke atas pemain sayap tersebut.

Tunku Ismail tampil memberikan kenyataan mengenai tindakannya menerusi satu posting di laman Facebook Johor Southern Tigers dengan meluahkan sokongan terhadap bintang muda itu yang dianggap sebagai top player yang profesional.

Baginda berkata menerusi ruangan kapsyen bahawa Safawi merupakan seorang pemain yang sangat berbakat dan mempunyai masa hadapan yang cerah.

Tambahnya, “Saya yakin beliau (Safawi) akan membuat keputusan yang akan membantunya berjaya. Sepertimana dengan setiap individu yang merupakan sebahagian daripada keluarga JDT, saya akan sentiasa bersama Safawi.”

Seterusnya, “Kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi.”

Sebagai rekod, Tunku Ismail memuat naik beberapa Instagram Stories yang mendakwa prestasi Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan pada musim lalu itu merudum kerana terlalu memikirkan hal peribadi.

Adik kepada Syatilla Melvin itu bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dirinya menjadi punca prestasi Safawi merudum.

Apa-apa pun, semoga Safawi kembali fokus dan mampu mempamerkan prestasi terbaik untuk pasukan JDT dan pasukan kebangsaan.

Untuk baca lebih banyak artikel lain berkaitan Syifa Melvin dan Safawi Rasid, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca